PENGANJURAN MINGGU SAINS NEGARA 2019

Dengan tema “Sains untuk Kesejahteraan”, Minggu Sains Negara akan dianjurkan sekali lagi di seluruh negara pada tahun ini. Memasuki tahun kedua penganjurannya, Minggu Sains Negara 2019 akan menampilkan sedikit perbezaan berbanding penganjuran tahun sebelumnya yang mana pada tahun ini, Minggu Sains Negara akan dilaksanakan secara berfasa. Fasa pertama Minggu Sains Negara 2019 yang akan berlangsung pada April adalah melibatkan lima buah negeri iaitu Kuala Lumpur, Terengganu, Kedah, Sabah dan Sarawak, manakala penganjuran fasa kedua pada Ogos 2019 akan melibatkan negeri-negeri yang lain. Penganjuran Minggu Sains Negara 2019 secara berfasa adalah bagi memastikan inisiatif untuk menyemarakkan gerakan sains kebangsaan ini dilaksanakan secara lebih berfokus, berkesinambungan dan menyeluruh agar manfaatnya dapat dinikmati oleh lebih ramai rakyat Malaysia.

MENGAPAKAH MINGGU SAINS NEGARA DI SAMBUT DI SELURUH NEGARA

Minggu Sains Negara diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dan kepentingan STI kepada semua lapisan rakyat Malaysia. Secara tidak langsung, program ini akan meningkatkan pembangunan modal insan dan menarik minat pelajar untuk memilih bidang dan jurusan STEM sebagai kerjaya serta mengiktiraf sumbangan saintis, ahli akademik serta individu dalam mempromosikan sains. Program ini juga diharap mampu memberi kesedaran kepada rakyat betapa pentingnya STI dalam menjana pertumbuhan ekonomi dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju. Minggu Sains Negara ini dapat dijadikan sebagai salah satu aktiviti dan pendekatan strategik dalam usaha meningkatkan minat para pelajar terhadap STEM. Program ini juga diharapkan dapat memenuhi hasrat Kerajaan untuk mencapai Dasar 60:40 iaitu 60 peratus pelajar memilih aliran sains dan teknikal berbanding 40 peratus pelajar sastera. Dasar ini berperanan bagi menyediakan modal insan berpengetahuan dan mempunyai kepakaran dalam bidang STEM yang mencukupi pada masa hadapan.

TEMA

Tema “Sains untuk Kesejahteraan” dipilih sebagai tema Minggu Sains Negara 2019 adalah kerana kesignifikannya dengan kehidupan seharian manusia yang mana sains dan teknologi telah memberi kesan yang besar terhadap kelestarian alam sekitar dan masyarakat.

SASARAN

Pelbagai lapisan masyarakat seperti pelajar (sekolah/siswazah pusat pengajian tinggi), pendidik, saintis, belia, sektor awam, badan bukan kerajaan (NGO) dan sektor swasta.

 

 

AKTIVITI MINGGU SAINS NEGARA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2019

Sejajar dengan aspirasi Minggu Sains Negara 2019 bagi meningkatkan penglibatan rakyat khususnya pelajar-pelajar sekolah dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI), program dan aktiviti berteraskan STI, MESTECC akan mengadakan

19-22 Ogos 2019 - EJEN SAINS

...

20 Ogos 2019 - PROGAM KITAR SEMULA

Program ini akan dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Puan Habsah Georgetown,Pulau Pinang

21 Ogos 2019 - HARI TERBUKA IPHARM

...

24 Ogos 2019 - KARNIVAL SAINS

TARIKH DAN TEMPAT

24 Ogos 2019 (Sabtu) bertempat di Padang Kota Lama, Georgetown Pulau Pinang

Program 1 : Pertandingan Inovasi Sains dan Teknologi Peringkat Sekolah Menengah

OBJEKTIF

1.Memupuk budaya inovasi dalam kalangan generasi muda di samping memberi pendedahan awal tentang kepentingan amalan hijau demi kelestarian dan kesejahteraan ekosistem Malaysia.
2. Sebagai satu platform untuk pelajar memupuk minat yang lebih mendalam dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan menyumbang idea inovasi mereka ke dalam bentuk praktikal.
3. Pelajar dapat mempelajari kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam menemukan penyelesaian kepada isu semasa melibatkan ekosistem dan alam sekitar.
4. Membina keyakinan diri daripada produk inovatif yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar apabila mereka membuat pembentangan di hadapan orang ramai.

TAJUK/TEMA

Inovasi Sains dan Teknologi Berdasarkan Sumber Semulajadi (Natural Resources)

SEKTOR PERTANDINGAN

Projek inovasi yang akan dipertandingkan perlu mempunyai satu atau lebih sektor seperti berikut:

i. Bioteknologi Kesihatan (Biotechnology Healthcare)
ii. Tenaga (Energy)
iii. Pengurusan Sisa (Waste Management)
iv. Alam Sekitar (Environment)
v. Pertanian (Agriculture)
vi. Makanan (Food)

KATEGORI PRODUK YANG DIPERTANDINGKAN

Innovation/Inovatif – Penambahbaikan kepada proses atau produk sedia ada.

KUMPULAN SASARAN

50 (kumpulan) penyertan daripada pelajar sekolah menengah seluruh negeri Pulau Pinang.

SYARAT – SYARAT PENYERTAAN


1. Setiap pasukan diwakili oleh maksima 4 pelajar dan seorang guru pembimbing.
2. Setiap sekolah boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan.
3. Segala kos berkaitan penghasilan projek adalah di atas tanggungan sekolah yang mengambil bahagian.
4. Tarikh pendaftaran dan penghantaran abstrak bermula 1 Julai 2019 (Isnin) sehingga 31 Julai 2019 (Rabu) dan hanya 50 pendaftaran terawal akan diterima.
5. Tiada yuran penyertaan yang akan dikenakan.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

Syarat–syarat bagi menyertai Pertandingan Inovasi Sains dan Teknologi adalah seperti berikut:

i. Projek inovasi yang dihasilkan mestilah selari dengan tema dan sektor pertandingan.
ii. Idea projek mestilah daripada janaan idea sendiri dan bukan idea plagiat.
iii. Setiap pasukan diminta untuk menyediakan poster bersaiz A1 semasa pameran tersebut yang mengandungi maklumat-maklumat berikut :
  • a. Nama Projek
  • b. Abstrak
  • c. Pengenalan/Latar Belakang
  • d. Metodologi
  • e. Proses
  • f. Hasil Inovasi/ Kajian
  • g. Perbincangan dan Keputusan
  • h. Kerjasama dengan pihak industri (jika ada)
  • i. Rujukan (Jika berkaitan)
  • j. Gambar / Jadual / Graf
  • k. Lencana
  • l. Sekolah
  • m. Nama Ahli Pasukan
  • n. Nama Sekolah
  • o. No Tel Sekolah
  • p. Alamat Emel

  • iv. Keputusan juri adalah MUKTAMAD.

     

     

    I)Tentatif Karnival Sains - Minggu Sains negara 2019

     

     

    I)Pertandingan Inovasi Sains Dan Teknologi Penang 2019

    Bahagian Nama
    Pengerusi Dr. Siti Zuraidah binti Mohd Zobir
    Setiausaha Muhd. Zulkarnain bin Mahmud
    AJK Protokol Wan Syahirah Nabilah binti Md Radai
    Dr. Siti Zuraidah binti Mohd Zobir
    AJK Brosur/Sijil/Hadiah Mohd Hasnan bin Mohd Noor
    Muhammad Khairi bin Ismail
    AJK Pendaftaran Dr. Lau Wai Kwan
    Amyra binti Amat Sain
    AJK Makanan & Minuman Siti Sumihati binti Surdi
    AJK Tugas-tugas Khas Norizamimie binti Nordin
    Ayunni Salihah binti Zalaluddin
    Muhammad Hidhir bin Khawory
    Mohamad Faiz bin Hamzah
    Muhammad Khairi bin Ismail

     

     

    Borang Pra Pendaftaran

    Maklumat Nama

    Maklumat Untuk dihubungi

    Penyertaan

    Jumlah penyertaan dan guru pengiring adalah tertakluk pada syarat yang ditetapkan.

    Information

    Borang dalam talian ini hanyalah pra-pendaftaran,
    Untuk pengesahan penyertaan, pihak sekolah perlulah menghubungi no telefon dan hantar salinan borang penyertaan yang telah di muat turun ke email yang diberikan


    Muat turun borang :

     

     Flowers in Chania Pertandingan Inovasi Sains dan Teknologi Pulau Pinang 2019